Tuesday, March 6, 2018

MY TEACHING METHODS

Saya sangat menggunakan peta i-think dalam pdpc saya terutamanya dalam mengajar KHA, Bahasa Malaysia. Siapa kata budak pendidikan khas (MBK - Murid Berkeperluan Khas) tidak mampu menggunakan peta i - think. Ajar satu persatu. Di sini saya sertakan gambar peta i-think yang kosong. Saya terlupa saya upload di mana tetapi terima kasih kepada penyumbang. 

PETA  BULATAN: Mendefinisikan mengikut konteks.
PETA ALIR: Urutan

PETA BUIH BERGANDA: Membanding beza

PETA BUIH: Menerangkan

PETA DAKAP: Hubungan seluruh bahagian

PETA POKOK: Membuat pengelasan

PETA PELBAGAI ALIR : Sebab dan akibat

PETA TITI : Analogi - Hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan

Selain itu, saya sangat suka membina ataupun membeli ABM (alat bantu mengajar). Kita boleh berkongsi macam-macam idea, aplikasi, dan lain-lain lagi yang bermanfaat di laman sesawang dan laman sosial.