Tuesday, March 6, 2018

MY TEACHING METHODS

Saya sangat menggunakan peta i-think dalam pdpc saya terutamanya dalam mengajar KHA, Bahasa Malaysia. Siapa kata budak pendidikan khas (MBK - Murid Berkeperluan Khas) tidak mampu menggunakan peta i - think. Ajar satu persatu. Di sini saya sertakan gambar peta i-think yang kosong. Saya terlupa saya upload di mana tetapi terima kasih kepada penyumbang. 

PETA  BULATAN: Mendefinisikan mengikut konteks.
PETA ALIR: Urutan

PETA BUIH BERGANDA: Membanding beza

PETA BUIH: Menerangkan

PETA DAKAP: Hubungan seluruh bahagian

PETA POKOK: Membuat pengelasan

PETA PELBAGAI ALIR : Sebab dan akibat

PETA TITI : Analogi - Hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan

Selain itu, saya sangat suka membina ataupun membeli ABM (alat bantu mengajar). Kita boleh berkongsi macam-macam idea, aplikasi, dan lain-lain lagi yang bermanfaat di laman sesawang dan laman sosial.



Thursday, November 9, 2017

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF HOLISTIK

Saya sangat teruja untuk berkongsi pengalaman saya semasa menghadiri program pendidikan inklusif baru-baru ni di IPG Tunku Bainun, Pulau Pinang. Saya akan

Monday, May 9, 2016

AKTIVITI yang telah berlangsung

1. AKTIVITI KEUSAHWANAN: HARI KEUSAHAWANAN

Sesi jualan cendawan goreng yang digoreng oleh murid PPKI SKTT dengan ice blended untuk program keusahawanan





2. AKTIVITI KEUSAHAWANAN: SWEETY CORN


3. AKTIVITI KEMAHIRAN HIDUP: MEMASAK SPAGETI CARBONARA







3. AKTIVTI KEMAHIRAN HIDUP: MEMBUAT SARAPAN PAGI










4. AKTIVITI KEUSAHAWANAN DAN PEMBIAKAN CENDAWAN TIRAM




Sunday, May 8, 2016

Duniaku..

Lama saya tidak mengemas kini blog saya. Alhamdulillah, sekarang saya telah ditukarkan ke penang dan mengajar pendidikan masalah pembelajaran. Nanti saya akan update aktiviti-aktiviti yang telah saya dan rakan-rakan setugas buat untuk anak-anak syurga kita...
Ni mama dan babah saya. Saya sayang semua...
-AMIR COMEL-

Wednesday, May 2, 2012

TERAPI dalam Dunia PENDIDIKAN KHAS

Aktivti terapi mempunyai manfaat yang tersendiri kepada semua individu terutamanya kepada mereka yang tergolong dalam kategori istimewa ini. Secara umumnya, aktiviti terapi ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu;
  1. terapi main
  2. terapi pasir
  3. terapi fisio
  4. terapi air
  5. terapi aroma/ aromatherapy
  6. terapi haiwan/ terapi kuda  
aktiviti terapi air dengan menggunakan alatan  1


aktiviti muzik dengan pergerakan kreatif
aktiviti water confident 

Berikut merupakan gambar-gambar contoh aktiviti terapi yang dapat dilaksanakan kepada murid berkeperluan khas oleh guru:

1. Aktiviti bercerita menggunakan barang permainan sedia ada. 
- Kebaikan:
a. kanak-kanak diberi peluang untuk membina hubungan dengan rakan-rakan yang lain,
b. membina kreativiti kanak-kanak untuk mengolah jalan cerita,
c. Meningkatkan kemahiran bahasa murid berkeperluan khas terutamanya dalam kemahiran bercerita,
d. membuka ruang kepada murid untuk meluahkan perasaannya melalui alat permainannya.



2. Permainan pukul lalat
Kebaikan;
a. memberi peluang dan pengalaman bermain kepada murid/ kanak-kanak keperluan khas,
b. melatih pergerakan otot-otot besar seperti bahagian kaki iaitu aktiviti berjalan.







3. Parachute


Monday, April 23, 2012

memasak maggie




air 
maggie 
telur

BAHAN-BAHAN 
Berikut merupakan antara bahan-bahan yang diperlukan sewaktu mengajar murid kemahiran memasak iaitu;
  • maggie
  • telur
  • garam
  • air 
  • kuali

LANGKAH-LANGKAH
  1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan besar (bilangan kumpulan bergantung kepada jumlah dan kategori murid)
  2. Murid diterangkan terlebih dahulu berkenaan dengan keselamatan sewaktu berada di dapur.
    Langkah keselamatan yang perlu diambil sewaktu berada di dapur: 
  • Lengan baju panjang dilipat bagi memastikan pergerakan murid tidak terganggu sewaktu memasak.
  • Bagi pelajar / murid perempuan, tudung dimasukkan ke dalam baju.
  • Menutup dapur gas apabila telah selesai memasak.                                                                         
   3. Murid melakukan amali di bawah pantauan guru.
Murid mendengar penerangan keselamatan daripada guru. 
 
Murid sedang menggoreng telur

Sunday, April 22, 2012

KEMAHIRAN MEMBUAT KERONSANG / BROOCH

Murid Pendidikan Khas kebanyakannya bermasalah dengan kognitifnya. Oleh sebab itu, pelbagai kemahiran telah diajar bagi memberi peluang kepada murid Pendidikan Khas dalam memberi peluang pekerjaan kepada murid. Saya telah menjalankan aktiviti berkenaan dengan cara menghasilkan keronsang atau brooch dari kain felt, lebihan kain pasang, reben dan sebagainya. Berikut merupakan  Kertas kerja Projek Keusahawanan Kraftangan Pendidikan Khas (boleh dilihat pada laman sesawang Scribd). Projek ini dilakukan pada semester lepas dan untuk semester ini, saya telah menjalankan projek ini di sebuah sekolah kawasan Jasin pada waktu kerjaya.

Gambar-gambar di bawah merupakan gambar sewaktu aktiviti dilaksanakan.